Semua pihak puas hati Perumahan Rakyat Budiman

HARAKAHDAILY | .

Tapak kedua yang akan disusuli dengan tapak-tapak seterusnya.

KUALA LUMPUR: "Dua minggu lebih yang agak sibuk dengan persiapan teknikal Perumahan Rakyat Budiman, sebuah projek membina rumah kekal buat mangsa banjir," kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.

Rupanya, kata beliau banyak perkara perlu dipertimbangkan demi mencapai mutu pembinaan yang baik.

Jelasnya, rumah perintis di Kampung Temian, Manek Urai dipantau dengan begitu teliti aspek pembinaannya semenjak awal yang kini semua pihak berpuas hati.

"Kami akan meneruskan dengan pembinaan 15 buah rumah budiman selaras dengan jumlah sumbangan terkumpul setakat ini," tulis beliau menerusi facebook.

Beliau juga memohon maaf kepada para penyumbang kerana sedikit terlewat memulakan proses pembinaan rumah seterusnya kerana aspek teknikal tadi.

Menurut Suhaizan, bilangan rumah yang mampu dibina oleh pihaknya bergantung kepada sumbangan yang masuk ke Tabung Kemanusiaan Pemuda (Maybank) 5640 2540 0100.

Beliau berharap semoga segalanya berjalan lancar. - HARAKAHDAILY 3/2/2015

Share on Myspace