As-Sisi beri isyarat serang Jalur Gaza?

HARAKAHDAILY | .

KENYATAAN As-Sisi berkaitan penyerangan ke Sinai telah mengundang banyak perdebatan di kalangan rakyat Mesir. Sebagaimana yang diberitakan pelbagai media beberapa hari lalu, bahawa usai melakukan pertemuan dengan Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir, As-Sisi melakukan sidang akhbar yang disimpulkan oleh beberapa pemerhati mengandungi 'mesej' adanya kemungkinan tentera Mesir untuk bergerak menyerang Jalur Gaza.

Kesimpulan ini diambil selepas media Mesir berulang kali menyebut bahawa 'pihak asing' bertanggungjawab secara langsung dalam hal pengaliran dana dan penyokong operasi ketenteraan dalam menghadapi tentera Mesir di Sinai, tanpa menjelaskan detail siapa yang dimaksudkan dengan pihak asing tersebut.

As-Sisi selepas melakukan pertemuan dengan pemimpin tentera menegaskan, ia menuduh pelaku dari penyerangan di Sinai adalah pihak asing, lapor laman web dakwatuna.com.

"Yang membantu kalian dan yang memberikan dukngan bahan dan senjata, kami sudah tahu, dan kami tidak akan mendiamkannya," jelas As-Sisi dalam sidang media rasminya.

Kenyataan As-Sisi ini telah mengundang perdebatan di media. Salah satunya dalam acara talk show di stesen TV swasta, Al-Hayah yang menyimpulkan bahawa campur tangan asing yang dimaksudkan As-Sisi adalah Hamas, kumpulan pejuang Islam yang selama ini berada di Jalur Gaza.

Tariq Fahmi, salah satu pakar dari Pusat Kebangsaan Kajian Timur Tengah yang menjadi pembicara dalam acara talk show tersebut berkata, apabila tentera Mesir perlu menembusi sempadan dengan Jalur Gaza demi mengejar pengganas maka hal itu sah-sah saja dan itu dibenarkan.

Beliau kemudian menjelaskan bahawa Mesir mempunyai hak untuk itu dan dilindungi secara undang-undang.

"Undang-undang Antarabangsa memberikan kuasa terhadap Mesir untuk meneroka organisasi pengganas dan negara-negara pendukungnya demi keselamatan negara," jelas Tariq.

Beliau kemudian menyebutkan kemasukan tentera Mesir ke Gaza dibenarkan untuk mengesan organisasi pengganas yang menurut mereka mengganggu keselamatan di Sinai dan itu datang dari Gaza.

Pakar Timur Tengah pro rampasan kuasa yang menggulingkan Presiden Mursi itu kemudian mengambil kesimpulan bahawa Hamas adalah pengganas yang membuat kekecohan di Sinai selama ini.

"Sinai menjadi tempat menetap para pengganas, dan organisasi pengganas itu bekerja dengan mendapatkan sokongan dan arahan dari gerakan Hamas."

Tariq kemudian menuduh bahawa kumpulan pengganas yang ada di Sinai itu juga mempunyai cawangan di Semenanjung Gaza. (msy/alk/dakwatuna)

Share on Myspace