Sirul: PAS akan jumpa Kedutaan Australia

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: PAS akan mengunjungi Kedutaan Australia bagi mengetahui kedudukan Koperal Sirul Azhar Umar yang kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen negara itu di Queensland.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, kunjungan akan diadakan pada minggu hadapan setelah mendapat kelulusan dari pihak kedutaan.

"Saya sendiri akan bertemu dengan pihak kedutaan Australia minggu hadapan bagi mengetahui sendiri kedudukan Sirul di sana.

"Perjumpaan ini sebagai persiapan awal kedudukan beliau sebelum kita ke Australia nanti," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Mahfuz dijangka akan bertemu dengan Sirul di Australia setelah segala persiapan dan persetujuan diperolehi.

Pada 13 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan memerintahkan Sirul dan Azilah Hadri digantung sampai mati, mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2013, berhubung tuduhan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006. - HARAKAHDAILY 5/2/2015

Share on Myspace