Al-Qassam buka semula kem latihan remaja

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pada Januari lalu, tidak sampai enam bulan selepas berakhirnya serangan Israel ke atas Gaza, Hamas membuka semula kem latihan untuk umur belia 15-21 tahun. Kem yang berlangsung selama seminggu cuti sekolah kali ini menarik minat kira-kira 17,000 remaja.

Remaja yang lulus daripada kem ini bakal membentuk asas Tentera Pembebasan pada masa akan datang.

Kem ini mula diwujudkan pada tahun 2012, di bawah Kementerian Pelajaran Hamas dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri. Sepanjang berada di kem ini selama kira-kira seminggu, remaja terbabit akan didedahkan dengan ceramah agama dan latihan kemahiran keselamatan.

Pada cuti sekolah tahun 2013-2014, program ini telah menarik penyertaan kira-kira 13,000 pelajar.

Baca lebih lanjut: http://www.al-monitor.com. - HARAKAHDAILY 5/2/2015

Share on Myspace