Islam ada cara terhadap tawanan perang - Qaradawi

HARAKAHDAILY | .

KETUA Persatuan Ulama Islam Antarabangsa, Dr Yusuf al-Qaradawi, menegaskan bahawa Islam mempertahankan hak tawanan dan menganggap mereka adalah kumpulan yang terdedah dan harus diperlakukan secara berperikemanusiaan.

Fatwa ini dilontarkan Dr Yusuf al-Qaradawi menanggapi pelaksanaan mati Moaz Kasabeh (27 tahun) asal Jordan dan Kenji Goto warga negara Jepun yang dihukum mati kumpulan IS pada hari Selasa lalu, lapor laman web Eramuslim.com.

Dalam fatwa yang diterbitkan website organisasi pada hari Rabu, semalam Dr Yusuf al-Qaradawi berkata, "Islam menganggap seorang tawanan adalah kumpulan lemah yang layak mendapat kasih sayang dan penjagaan seperti orang miskin dan anak yatim. Mereka harus diperlakukan secara berperikemanusiaan, bermaruah, aman dan dipenuhi hak-hak mereka".

Dr Yusuf al-Qaradawi menambah, "membunuh tawan dengan cara disembelih dan dibakar sangat bertentangan dengan ajaran Islam dalam membunuh".

Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Ashab Sunan dari Syadad bin Aus menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, "jika kalian membunuh, maka membunuhlah dengan baik".

Sedangkan hadis lain dari Hamza bin Amru Al Aslami yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dan lain-lain, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, "tidak menghukum dengan api kecuali Allah Subahanu Wata'ala".

Selain mengutuk pembunuhan keji tersebut, Dr Yusuf al-Qaradawi juga mengkritik sikap kerajaan Baghdad yang terus mencemarkan umat Sunni di Iraq. (Rassd/Ram)

Share on Myspace