Hamas berjaya tangkap agen perisikan Zionis-Israel

HARAKAHDAILY | .

HAMAS telah menangkap salah seorang lelaki yang didakwa agen perisikan Zionis-Israel yang tengah melakukan isi di Gaza.

Menurut Hamas, agen perisikan itu telah malang - melintang menyusup di Gaza dan wilayah Palestin yang lain selama 15 tahun, lapor Eramuslim.com.

Dipetik laman Maan News, orang tersebut merupakan salah satu tokoh yang cukup aktif memberikan laporan untuk pasukan perisikan Zionis-Israel dan menganjurkan agen-agen perisikan Zionis lain di Palestin.

Para pegawai mengatakan bahawa orang itu telah mengagihkan wang melalui perkhidmatan keselamatan Israel untuk penyumbang lain di Jalur Gaza.

Dia juga aktif mengambil bahagian dalam beberapa operasi rahsia untuk membunuh pegawai tinggi Hamas dalam serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza pada tahun 2012 dan 2014, dan juga memberikan maklumat penting bagi Zionis-Israel untuk mencari gudang senjata Hamas. (rz)

 

Share on Myspace