Pilihan raya PBT: Selangor tunggu mesyuarat Pakatan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pendirian Kerajaan Selangor sama ada akan mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) ditentukan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat (PR) Ahad ini.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya mahu menunggu majlis itu berbincang terlebih dahulu sebelum mencapai keputusan muktamad.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR menyatakan demikian pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, semalam.

“Ahad ini ada satu mesyuarat. Perkara ini akan dibincangkan,” katanya dipetik Selangor Kini.

Katanya, sebelum ini kerajaan negeri pernah berbincang tetapi perlu mendapat pandangan daripada PBT mengenai polisi yang akan diguna pakai mengikut kesesuaian.

“Kita belum ada keputusan muktamad. Perkara ini akan dibawa kepada Majlis Pimpinan PR,” katanya.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat akan diadakan di Pejabat Agung PAS, Ahad ini bermula jam 2.30 petang. - HARAKAHDAILY 6/2/2015

Share on Myspace