Saya orang kampung, ngak pandai main golf - Jokowi

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Lawatan presiden ke-7 Indonesia Joko Widodo aka Jokowi sangat besar ertinya dalam sejarah hubungan kedua-dua-dua negara berjiran Malaysia – Indonesia.

Malah hubungan kedua-dua negara bukan sekadar hubungan diplomatik, malah mempunyai pertalian darah, agama dan sejarah yang panjang.

“Lawatan Presiden Joko Widodo aka Jokowi ke negara kita sangat penting. Pertalian darah dan sejarah diperkukuh dan teladan dipelajari,” ulas Datuk A Kadir Jasin dalam blognya kadirjasin.blogspot.com.

Selain itu ada sesuatu yang amat menarik telah dicatatkan oleh Datuk Kadir tentang sosok yang begitu popular di Indonesia sebagai presiden yang berjiwa rakyat.

“Kata Presiden Jokowi: Saya ini wong ndeso, wong kampung, nggak ngerti golf. Saya bisanya nyangkul. Saya itu tidak bisa main golf. Belum pernah pegang stik golf. Belum pernah lihat dalamnya golf gimana.’

“Kata saya, ngak perlu risau Pak Presiden. Apa hebatnya golf?

“Ular tedung tidak hilang bisanya kalau menyusur akar. Ular lidi panjatlah pohon paling tinggi tetap tidak berbisa.” Tulis Datuk Kadir lagi menggambarkan keperibadian presiden ini.

Presiden Jokowi, yang dilantik sebagai Presiden Indonesia pada 20 Oktober tahun lepas, kini dalam rangka lawatan negara pertama tiga hari ke Malaysia, atas undangan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau diiringi menteri-menteri utama kabinet dalam delegasinya termasuk Menteri Hal Ehwal Luar, Retno Marsudi; Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Ekonomi Sofyan Djalil; Menteri Perdagangan Rachmat Gobel dan Menteri Tenaga Kerja M. Hanif Dhakiri, Ketua Agensi Kebangsaan bagi Penempatan dan Perlindungan Pekerja Indonesia Luar Negara, Nusron Wahid, Ketua Sekretariat Presiden Djarot Sri Sulistyo dan Setiausaha Tentera kepada Presiden Indonesia Tri Wahyudi Sukarno. – HARAKAHDAILY 6/2/2015

Share on Myspace