Serangan Israel: Al-Qassam ada hak bertindak balas

HARAKAHDAILY | .

 

HAMAS semalam mengatakan bahawa kesinambungan daripada lapan tahun sekatan Israel akan memaksa gerakan mereka mengambil tindakan, menurut kenyataan jurucakap Hamas.

"Penerusan sekatan akan mendorong Hamas melakukan tindakan-tindakan yang mungkin boleh digambarkan sebagai tindakan yang gila. Perlu diingat, kami tidak akan menyerah terhadap sekatan," kata jurucakap Sami Abu Zuhri di tengah massa demonstran Rafah seperti dilaporkan Maan News.

Penunjuk perasaan berkumpul di selatan bandar Gaza untuk membantah tindakan Mesir menutup sempadan dan keputusan memasukkan sayap tentera Hamas, Briged Izzuddin Al-Qassam sebagai kumpulan pengganas.

Memetik laporan Islampos, Abu Zuhri menyeru akan menamatkan sekatan Gaza dan menekankan bahawa Briged Al-Qassam mempunyai hak untuk bertindak balas kepada serangan Israel.

Beliau juga meminta Mesir untuk mengkaji keputusan mereka melabelkan Hamas sebagai pengganas tetapi berkata keputusan Mesir tidak akan memberi kesan kepada sayap ketenteraan Hamas itu.

"Keputusan Mesir tidak relevan untuk kami dan Hamas lebih kuat dan tidak akan terjejas oleh keputusan-keputusan yang bertujuan untuk melemahkan perjuangan," tegas Zuhri.

"Kami bangga dengan Briged Al-Qassam yang berjaya memaksa Netanyahu untuk menarik pasukannya dari sempadan Gaza."

Share on Myspace