Tuduh anti Islam, Ngeh akan saman Ismail Sabri

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana menuduh beliau dan keluarganya sebagai anti-Islam.

Menurut Ngeh, tindakan undang-undang itu dibuat berikutan kedegilan Ismail memohon maaf atas seruannya kepada orang Melayu untuk memboikot perniagaan Cina, selain tuduhan jahat bahawa beliau anti-Islam.

“Tindakan Ismail menarik semula tulisan di Facebook dan mengelak mengenal pasti saya serta keluarga bukan individu yang beliau maksudkan adalah bukti beliau bersalah.

“Pada 3 Februari lalu, saya mencabar Ismail membuktikan bahawa individu yang dimaksudkan itu bukan saya, tetapi sehingga hari ini beliau gagal melakukannya.

“Masa yang saya berikan kepada beliau menarik semula dan memohon maaf kini sudah tamat," katanya dipetik Roketkini.

Justeru, beliau telah mengarahkan peguam untuk meneruskan tindakan undang-undang.

Share on Myspace