Jualan Al-Quran meledak sejak serangan Charlie Hebdo

HARAKAHDAILY | .

SEJAK penyerangan Majalah Charlie Hebdo pada 7 Januari 2015, buku-buku mengenai Islam laris di pasaran Perancis.

Bahkan Al-Quran terjemahan bahasa Perancis masuk dalam top 100 jualan terbaik di Amazon selama 26 hari.

"Sejak pengeboman, angka jualan al-Quran meletup. Masyarakat yang mahukan sumber maklumat dan mendapatkan sumber maklumat meminta kepada kedai-kedai kami apa saja terjemahan yang terbaik," ujar Francois Maillot, Pengarah Umum kedai buku La Procure, sebuah rangkaian besar kedai buku umum dan agama, seperti dipetik laman berbahasa Perancis pagehalal.fr, Isnin lalu.

Maillot berkata, di kedai buku Procure, warga Perancis mencari terjemahan Al-Quran yang dicetak oleh pelbagai penerbit di antaranya Al-Quran terjemahan Denise Masson (Penerbit Folio), Jacques Berque (Penerbit Albin Michel) dan Malek Chebel (Penerbit Livre de Poche).

Memetik laporan Islampos, selanjutnya Malliot berkata, warga Perancis juga datang untuk memburu buku-buku pengantar mengenai ajaran Islam.

Dua buku tentang Islam yang laris di antaranya Breve histoire de l' islam a l' usage de tous (Sejarah singkat Islam dan manfaatnya untuk semua) karangan oleh Antoine Sfeir (Penerbit Bayard) dan buku L'Islam explique aux enfants et a leurs parents (Menjelaskan Islam kepada anak-anak dan orang tuanya) yang ditulis oleh Tahar Ben Jelloun (Penerbit Seuil).

Sementara buku Le coran explique aux jeunes (Menjelaskan Islam kepada remaja) karangan Rachid Benzine (Penerbit Seuil) juga laris. (Indri Novianti/Islampos)

Share on Myspace