Presiden hadir mesyuarat PAS Pusat hari ini

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di pekarangan Pejabat Agung PAS, di sini kira-kira jam 9.35 pagi ini.

Beliau akan mempengerusikan mesyuarat PAS Pusat pada jam 10.00 pagi.

Sementara itu, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dijadualkan berlangsung di tempat yang sama bermula jam 2.30 petang.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan supaya kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat sebelum rayuan kes beliau diputuskan Mahkamah Persekutuan, Selasa (10 Februari) ini.

Katanya, kebetulan PAS Pusat mengadakan mesyuarat di Pejabat Agung PAS pada hari ini, Anwar bersetuju mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat diadakan di tempat yang sama. - HARAKAHDAILY 8/2/2015

Share on Myspace