Ibu juruterbang Jordan gesa bakar anggota ISIS

HARAKAHDAILY | .

IBU juruterbang Jordan Muadz al-Kasasba yang dibakar hidup-hidup oleh kelompok Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), semalam menyeru kepada rakan anaknya supaya membakar anggota ISIS secara hidup-hidup.

“Saya berharap rakan-rakan anak saya akan membakar pembunuhnya,” kata ibu al-Kasasba, demikian dilaporkan Anadolu Agency.

“Mereka (pembunuh anaknya) bukan muslim, mereka adalah orang-orang kafir dan saya yakin teman-teman juruterbang anak saya akan membalas kematiannya,” tambahnya dalam ucapan yang disiarkan televisyen.

Memetik laporan Islampos, Ketua Parlemen Jordan, Atef Tarawneh, berkata pada hari Ahad, semalam bahawa negaranya akan membuat “seismik” reaksi terhadap pembunuhan al-Kasasba.

ISIS sendiri telah kehilangan 7,000 pejuangnya dan seperlima dari kemampuan tempurnya sejak perikatan antarabangsa mulai melakukan serangan terhadap kelompok itu pada bulan Ogos 2014, menurut Komander Tentera Udara Jordan, Mansour al-Jabour.

Share on Myspace