Kembalikan kegemilangan sepak takraw negara

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyeru supaya dikembalikan kegemilangan sukan sepak takraw negara.

Ini berikutan kejayaan pasukan negara menumpaskan musuh tradisi Thailand bagi merangkul kejuaraan kategori lelaki Kejohanan Sepak Takraw Siri Super Istaf Malaysia 2015 di Melaka, semalam.

"Tahniah pasukan Malaysia kerana berjaya menumbangkan musuh tradisi Thailand dalam Siri Super Istaf semalam," tulis beliau menerusi facebook.

Kejayaan menumpaskan Thailand 2-0 (21-7 dan 21-19) dalam pertarungan hampir sejam semalam merupakan kemenangan pertama pasukan negara dalam siri kejohanan itu yang bermula pada 2011. - HARAKAHDAILY 9/2/2015

Share on Myspace