Buku Ikhwan laris pada Pameran Buku Kaherah

HARAKAHDAILY | .

Salah seorang wartawan terkemuka, Ahmad Mansour berkata bahawa buku-buku karya Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi, Ketua Persatuan Ulama Muslimin dan Hasan Al-Banna, pengasas jamaah Ikhawanul Muslimum serta Sayyid Qutb yang merupakan salah satu tokoh besar dalam jamaah tersebut, buku-buku mereka menjadi buku yang paling laris di pameran buku yang diadakan di Kaherah walaupun terdapat kempen besar-besaran di dunia maya untuk menolak pemikiran-pemikiran mereka, lapor Eramuslim.com.

Melalui akaun facebooknya, Ahmad Mansour menulis, "peperangan yang dilancarkan di dunia maya dan media cetak untuk melawan pemikiran allamah Dr Yusuf Al-Qaradhawi di Pameran Buku Antarabangsa di Kaherah telah menjadikan buku-buku Al-Qaradhawi, Hassan Al-Banna dan Sayyid Qutb dan buku-buku tentang al-Ikhwan secara umum menjadi yang paling laris sepanjang sejarah pameran buku dan sejarah penerbitan buku-buku".

Beliau menambah bahawa walaupun semua ugutan dan kesangsian terhadap Ikhwan telah dilakukan oleh lawannya, namun itu hanya menambah terbukanya tabir serta kekalahan As-Sisi dan tentera bayarannya semakin jelas. (hr/im)

Share on Myspace