Boikot: Polis sudah ambil keterangan Ismail Sabri

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Polis sudah mengambil keterangan daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  berhubung kenyataannya mengenai isu memboikot peniaga.

Tulisan beliau menerusi facebook itu menjadi viral di laman sosial, baru-baru ini.

Bernama melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Ismail Sabri hadir ke Bukit Aman kira-kira pukul 3.15 petang semalam untuk memberi keterangan.

"Selepas ini, kita akan memanggil semua pihak yang membuat kenyataan balas iaitu daripada MCA, Gerakan dan DAP untuk rakaman percakapan selain membantu siasatan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi malam tadi.

Kenyataan Ismail Sabri itu bukan sahaja menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin termasuk ahli poitik daripada MCA dan DAP tetapi juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO). - HARAKAHDAILY 10/2/2015

Share on Myspace