Rayuan Anwar ditolak, kekal penjara 5 tahun

HARAKAHDAILY | .

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya.

Sebelum itu, mahkamah menolak rayuan beliau.

Keputusan itu dibacakan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mengetuai lima anggota panel hakim yang terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Sehubungan itu, Anwar hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa seseorang anggota parlimen akan hilang kelayakan sekiranya dikenakan hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000. - HARAKAHDAILY 10/2/2015

Share on Myspace