Pemerintah Israel perompak wang rakyat Palestin

HARAKAHDAILY | .

PENGARAH Persatuan Tahanan Palestin, Issa Qaraqe semalam berkata bahawa penjajah Israel dan pemerintahannya adalah perompak wang rakyat Palestin.

Kenyataan itu dilontarkan Issa Qaraqe menanggapi semakin tingginya denda wang yang perlu dibayar oleh tahanan Palestin yang dituduh terlibat kes dengan penjajah Israel, lapor web Islampos.

Dalam kenyataan, Issa Qaraqe mengatakan hukuman denda yang dikenakan oleh mahkamah Israel kepada tahanan Palestin adalah usaha psikologi mereka untuk menakutkan-nakutkan dan merompak wang rakyat Palestin.

Pengarah Persatuan Tahanan Palestin itu menyebut mahkamah penjajah Israel sebagai alat polis perisikan Israel dan tempat merompak wang rakyat Palestin setelah dalam sepekan terakhir menjatuhkan denda sebanyak 50 ribu dan 60 ribu kepada 2 orang warga Palestin dari wilayah Tebing Barat.

Hal senada juga pernah dilontarkan pendakwa tentera Zionis Israel pada minggu lalu yang menyebut tentera tentera mereka adalah para perompak. Sebutan ini dilontarkan pendakwa tersebut setelah didapati adanya bukti merampas harta rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang melarikan diri dari pencerobohan penjajah Israel.

Lebih dari 2,000 warga Palestin terbunuh dan belasan ribu lain cedera dalam pencerobohan 51 tentera Israel ke Jalur Gaza pada awal bulan Julai 2014 lalu. (Dostor/Ram)

Share on Myspace