Trak FRU, meriam air di belakang Istana Kehakiman

MUHAMMAD FAIZAL | .

PUTRAJAYA: Dua trak Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan satu kenderaan meriam air ditempatkan di belakang Istana Kehakiman sebelum keputusan hukuman dibacakan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Kehadiran trak polis dan meriam air ini turut menaikkan semangat kira-kira 2,000 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkumpul di belakang mahkamah dan mereka tidak berganjak dan terus melaungkan slogan reformasi. Walau bagaimanapun suasana masih terkawal dan tiada sebarang provokasi dilakukan.

Seramai kira-kira 200 anggota polis berjaya mengawal suasana daripada sebarang perkara yang tidak diingini. Kelihatan juga van penjara dan Unit Tindakan Khas (UTK) PDRM. – HARAKAHDAILY 10/2/2015

Share on Myspace