Terus berjuang tanpa Anwar, kata Suhaizan

SALMIYAH HARUN | .

 

PUTRAJAYA: Hidup ini mesti diteruskan walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian menurut Suhaizan Kaiat.

Menurut Ketua Pemuda PAS Malaysia itu, keputusan mahkamah hari ini suatu peristiwa yang menyedihkan buat penyokong Pakatan Rakyat.

Namun katanya, ketiga-tiga parti PAS, DAP dan PKR perlu memikul amanah rakyat ini dengan menguruskan kekosongan yang ada dengan lebih baik.

"Hidup ini mesti diteruskan. Pakatan Rakyat perlu merangsang agar menjadi lebih baik dengan ketiadaan Anwar," katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di belakang Istana Keadilan bersama-sama para penyokong Anwar yang sedang menunggu keputusan mahkamah.

Para penyokong sedang memenuhi ruang belakang Istana Keadilan bagi memberi lambaian terakhir buat Ketua Umum PKR itu. – HARAKAHDAILY 10/2/2015

Share on Myspace