Anwar mohon ditahan di Penjara Sungai Buloh

| .

PUTRAJAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa ke penjara Kajang sebelum ke Sungai Buloh dengan kenderaan polis kira-kira jam 3 petang tadi.

Beliau dipercayai menaiki kenderaan pacuan empat roda polis yang bercermin gelap dan diiring beberapa kenderaan polis yang lain.

Kenderaan polis berkenaan mengambil laluan sebelah kiri pintu belakang mahkamah tanpa disedari para penyokong beliau yang kebanyakkan berada si pintu sebelah kanan.

Para penyokong yang mahu memberi lambaian terakhir kepada Anwar hampa kerana tidak dapat melihat wajah pemimpin mereka itu.

Sebuah trak polis yang diringi kenderaan pacuan empat roda dirempuh oleh penyokong Anwar sebaik keluar dari pintu sebelah kanan.

Para penyokong memukul badan trak itu kononya Anwar berada di dalam trak tersebut yang ditutupi kanvas hitam.

Semua penyokong tertumpu kepada trak terbabit sedangkan Anwar keluar melalui jalan lain.

Para penyokong mula beredar sebaik sahaja trak polis berkenaan keluar daripada perkarangan mahkamah.

Para pimpinan PKR pula diarahkan berkumpul di Ibu Pejabat Keadilan di Tropicana, Petaling Jaya untuk satu mesyuarat tergempar petang nanti. - HARAKAHDAILY 10/2/2015

Share on Myspace