Kes Anwar: Kita lebih selesa dengan hukuman syarak

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Pada hakikatnya kita lebih selesa dengan hukuman syarak berbanding hukuman sivil dalam kes seumpama ini," ujar Ustaz Datuk Ahmad Yakob sebagai respons kepada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat itu menjelaskan hukuman syarak lebih cermat dan terlalu memberi keadilan kepada tertuduh.

Menerusi tulisan di facebook, beliau merakamkan takziah dan simpati kepada Anwar serta keluarga di atas hukuman yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan semalam.

"Semoga Anwar dan keluarga dapat melalui ujian ini dengan sabar dan saya bersimpati dengan beliau dengan penahanan yang agak lama ini," ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Mahkamah Persekutuan semalam menolak rayuan Anwar dan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun berhubung kes liwat. - HARAKAHDAILY 11/2/2015

Share on Myspace