Ketua Pembangkang, calon PRK belum diputuskan - Wan Azizah

HARAKAHDAILY | .

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan berbincang untuk menamakan Ketua Pembangkang yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau juga belum pasti sama ada timbalannya, Mohamed Azmin Ali akan dilantik memegang jawatan itu.

Ini, katanya terlalu awal untuk diputuskan berhubung perkara itu.

"Kita akan bincangkan tidak lama lagi,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat di ibu pejabat PKR di sini, malam tadi.

Beliau yang juga Adun Kajang memberitahu, calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh juga belum diputuskan lagi.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap Anwar berhubung kes liwat.

Ekoran itu, Anwar gugur sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. - HARAKAHDAILY 11/2/2015

Share on Myspace