Murabbi ummah menemui Tuhannya - Presiden PAS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Dengan penuh dukacitanya dimaklumkan murabbi ummah, Al-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah kembali menemui Tuhannya sekitar jam 9:40 malam ini.

"Semoga beliau ditempatkan bersama-sama para solehin. Insya Allah solat jenazah akan disempurnakan jam 10.00 pagi esok," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerusi facebook.

Beliau juga mengingatkan kepada semua yang ingin menziarahi sama ada jauh dan dekat agar sentiasa berhati-hati di jalan raya dan mematuhi segala peraturan.

Bagi timbalan beliau, Mohamad Sabu pula berkata rakyat Malaysia kehilangan seorang pemimpin dan 'guidance' kepada seluruh rakyat negara ini tanpa mengira kaum dan agama.

Katanya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah pemimpin yang mencipta fenomena baru dengan teladan beliau menjadi pimpinan kerajaan, bukan untuk mencari kekayaan peribadi, pangkat mahupun nama tetapi sebagai guidance untuk semua rakyat Malaysia. - HARAKAHDAILY 12/2/2015

 

Share on Myspace