Wan Azizah ucap takziah bagi pihak Anwar, PKR

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Bagi pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga, saya menyampaikan salam takziah dan kesedihan kami kepada Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, di atas kembalinya Datuk Bentara Setia, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ke rahmatullah," ujar Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagi pihak Parti Keadilan Rakyat, beliau mengucapkan takziah kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di atas kehilangan Tuan Guru Mursyidul Am.

Menurutnya, sumbangan Tuan Guru kepada kesuburan dakwah, perkembangan Islam dan pembangunan masyarakat, terlalu besar untuk diungkapkan.

"Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah SWT merahmati ruhnya dan menempatkan beliau di kalangan solihin. Insya Allah," ujarnya dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY 12/2/2015

Share on Myspace