Tuan Guru telah rintih banyak jalan untuk memartabat Islam

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Daripada Allah kita datang, kepada-Nya jua kita kembali," tulis Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam facebooknya.

Beliau berharap semoga Allah mengampuni dan merahmati roh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Moga segala jasa dan bakti dibawa pergi sebagai amalan soleh di sisi-Nya," tulisnya lagi.

Bagi beliau, Tuan Guru telah merintih banyak jalan untuk memartabatkan Islam dengar kadar ijtihad dan usahanya dan kepada Allah kembali segala urusan.

"Bagi rakyat Perlis, insya Allah selepas khutbah Jumaat saya di Masjid Tuanku Syed Putra, saya akan bersolat jenazah ghaib untuk beliau. Sesiapa tidak sempat ke Kelantan mungkin boleh turut serta," ujarnya. - HARAKAHDAILY 13/2/2015

 

Share on Myspace