Lim Kit Siang, Azmin antara yang hadir

MUHAMMAD FAIZAL | .

KOTA BHARU: Dianggarkan ratusan ribu orang ramai daripada pelbagai peringkat hadir menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada Mursyidul Am PAS, Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Antara pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang hadir termasuklah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Mohamed Azmin Ali.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Johor dan beberapa pimpinan turut kelihatan.

Setiap yang hadir diberi peluang untuk menatap wajah Tuan Guru Nik Abdul Aziz buat kali terakhir. Mereka diberi peluang melalui satu laluan khas yang disediakan.

Atas permintaan keluarga Allahyarham, jenazah hanya akan diusung ke perkuburan oleh ahli keluarga yang dijangka sekitar 10.30 pagi ini.

Orang ramai dari luar Kelantan mula membanjiri kawasan kediaman Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak awal pagi lagi dan suasana begitu sesak sekali. – HARAKAHDAILY 13/2/2015

Orang ramai menunggu untuk solat jenazah.

Share on Myspace