Tuan Guru tinggal legasi politik bermakna

| .

KUALA LUMPUR: Angkatan Islam Malaysia (Abim) merakam ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kembali ke rahmatullah malam tadi.

Presidennya, Amidi Abdul Manan berkata, pemergian Mursyidul Am PAS itu meninggalkan legasi yang sangat bermakna kepada perjuangan Islam di negara ini.

"Komitmen Tuan Guru ke arah memartabatkan Islam menerusi mekanisme politik demokrasi jelas dizahirkan ketika menjawat jawatan selaku Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim.

"Dalam bidang politik Islami, Allahyarham juga telah menampilkan keterbukaan dalam memahami serta menguruskan kepelbagaian politik negara ini yang rencam," katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Beliau berharap legasi politik Tuan Guru Nik Aziz dapat dihargai serta dimanfaatkan sebagai rujukan untuk seluruh generasi muda. - HARAKAHDAILY 13/2/2015 

Share on Myspace