Jenazah Tuan Guru selamat disemadi

| .

KOTA BHARU: Jenazah Almarhum Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat disemadikan kira-kira jam 10.45 pagi tadi di Tanah Perkuburan Pulau Melaka.

Ratusan ribu manusia mengiringi jenazah Mursyidul AM PAS itu yang diusung oleh lima orang anak lelakinya menuju ke tanah perkuburan yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah beliau.

Sebaik sahaja jenazah diusung keluar dari masjid cuaca yang panas tiba-tiba bertukar mendung sehinggalah jenazah dibawa turun ke liang lahad.

Turut mengiringi Almarhum ke perkuburan ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus, dan beberapa pimpinan AJK PAS Pusat.

Almarhum menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 malam tadi di sisi ahli keluarganya, di rumahnya di Pulau Melaka, kira-kira satu jam selepas keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)

Almarhum telah menerima rawatan selama 25 hari di HUSM selepas menghidap penyakit kanser prostat tahap empat. - HARAKAHDAILY 13/2/2015

Share on Myspace