Tok Guru ikon politik rendah diri – Bersih 2.0

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menzahirkan rasa amat sedih dengan kepergian Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 menyifatkan Allahyarham seorang yang rendah diri dan ahli politik yang bersih.
 
“Ramai yang mengkagumi sifat rendah diri, kehidupan yang bersih dan gaya hidup beliau yang mudah – semua sifat-sifat dan amalan yang jarang kedapatan dalam ahli politik.

“Tidak kira fahaman politik, agama, gender dan kaum kita, tidak dapat dinafikan bahawa kita telah kehilangan seorang tokoh negara yang utama dan disegani.
 
“Kami berkongsi kesedihan dan mengucapkan takziah kepada keluarga serta penyokong Tok Guru dari semua agama dan anutan politik,” demikian kenyataan media Bersih 2.0.

Bersih 2.0 turut menyifat Tok Guru, Mursyidul Am PAS itu telah memainkan peranan penting dalam mempopularkan PAS dalam kalangan bukan Islam pada tempoh kritikal apabila bangsa dan agama dipolitikkan oleh kerajaan pemerintah untuk mengukuhkan kedudukan mereka. – HARAKAHDAILY 13/2/2015

Share on Myspace