DPMM rasai sentuhan Tuan Guru memimpin Kelantan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPR: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) ingin merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke rahmatullah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS.

"Ucapan takziah khusus kami zahirkan kepada ahli keluarga tercinta bersama-sama berkongsi kedukaan dan kesedihan di atas kehilangan Almarhum," ujar Presidennya, Datuk Syed Ali Alattas dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pemergian Almarhum adalah berita yang sangat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia.

"Lebih-lebih lagi bagi kami, kepimpinan DPMM, ahli-ahli serta seluruh warga DPMM yang merasai sentuhan jasa bakti beliau sewaktu memerintah kerajaan negeri Kelantan.

"Kami menyifatkan Almarhum adalah pemimpin yang sangat istimewa di mata dan hati rakyat," kaanya lagi.

Beliau menambah, pemergian Tuan Guru adalah kehilangan besar kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Kelantan.

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan mendapat kesejahteraan berkekalan," ujarnya. - HARAKAHDAIY 1/2/2015

Share on Myspace