Terima kasih tangguh TRW vs Lions XII ke malam esok

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan terima kepada semua pihak yang bersetuju menangguhkan perlawanan bola sepak Liga Super antara Kelantan dengan Lions XII.

Perlawanan Liga Super antara pasukan The Red Warriors (TRW) dengan Lions XII yang dijadualkan berlangsung malam ini di Stadium Sultan Muhammad IV ditangguhkan malam esok.

Menulis menerusi facebook Nik Abduh mengucapkan terima kasih daripada beliau sekeluarga kepada FAM, KAFA, Exco Belia Sukan negeri, DatukTakiyuddin Hasan dan Tan Sri Annuar Musa yang capai sepakat penangguhan perlawanan tersebut hingga malam esok sebagai menghormati kematian ayahandanya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.

Beliau bagaimanapun berharap semoga perlawanan malam esok kekal meriah.

Sementara itu, TRW menerusi facebook turut memaklumkan perlawanan yang bermula jam 8.45 malam itu ditunda kepada malam esok.

TRW turut mengucapkan terima kasih Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bolasepak Singapura (FAS). - HARAKAHDAILY 14/2/2015

Share on Myspace