Khutbah sempena pemergian Tuan Guru Nik Abdul Aziz

ABU AMAR | .

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Allah ta’ala berfirman,

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

“Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat.” [Al-Mujadilah ayat 11]

Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata,

يرفع الله المؤمن العالم على المؤمن غير العالم ورفعة الدرجات تدل على الفضل إذ المراد به كثرة الثواب وبها ترتفع الدرجات ورفعتها تشمل المعنوية في الدنيا بعلو المنزلة وحسن الصيت والحسية في الآخرة بعلو المنزلة في الجنة

1) Allah mengangkat darjat seorang mukmin yang berilmu melebihi mukmin yang tidak berilmu.

2) Terangkatnya darjat menunjukkan keutamaan, iaitu banyaknya pahala yang dengan itu terangkatlah darjat.

3) Ketinggian darjat mencakupi ‘maknawiyah’ di dunia, seperti kedudukan yang tinggi dan disebut dengan kebaikan, dan juga mencakup ‘hissiyah’ di akhirat iaitu kedudukan yang tinggi di syurga.

Maka ayat yang mulia ini menunjukkan keutamaan ilmu agama dan keutamaan orang-orang yang memilikinya dan selalu berusaha mempelajarinya. Oleh kerana itu Allah ta’ala tidaklah memerintahkan kepada Rasul-Nya shallallahu’alaihi wa sallam untuk meminta suatu tambahan selain ilmu.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah swt,

Sejarah umat manusia tidak pernah mengenal suatu agama yang menaruh keperihatinan yang begitu besar dan sempurna terhadap ilmu pengetahuan. Islam sentiasa menganjur dan mendorong umatnya menuntut ilmu dan mengimarahkan segala kegiatan keilmuan.

Oleh kerana pentingnya ilmu itu Saidina Umar berkata:

"Wahai manusia! Haruslah bagi kamu berilmu!"

Islam juga menghormati golongan cerdik pandai, para ulama dan intelektual. Ia menyeru agar golongan ini menyebarluaskan ilmu sehingga terhapus kejahilan di tengah kehidupan umat. Hal ini disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Rahmat Allah diturunkan kepada khalifahku! seorang bertanya : Siapakah khalifah tuan? Baginda menjawab : Mereka yang menghidupkan sunnahku dan mengajarkannya kepada hamba Allah."

Muslimin sidang Jumaat sekalian,

Dalam Ash-Shahiihain, dari Anas bin Malik radliyallaahu ‘anhu, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam:

من أشراط الساعة أن يُرْفَعَ العلم، ويَثْبُتَ الجهلُ.

“Termasuk tanda-tanda hari kiamat adalah diangkatnya ilmu dan tetapnya kebodohan”.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Syaqiiq, ia berkata: “Aku pernah bersama ‘Abdullah dan Abu Musa. Mereka berkata : Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda:

إن بين يدي الساعة لأيَّاماً يُنزَلُ فيها الجهلُ، ويُرْفَعُ العلم.

“Sesungguhnya menjelang hari kiamat kelak, akan ada hari-hari yang diturunkanya kebodohan dan diangkatnya ilmu”.

Diangkatnya ilmu terjadi dengan diangkatnya (diwafatkannya) para ulama, sebagaimana ditunjukkan dalam hadis ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash radliyallaahu ‘anhuma, ia berkata : Aku telah mendengar Rasulullahshallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إن الله لا يَقْبِضُ العلمَ انتزاعاً ينتزعُه من العباد، ولكنْ يقبِضُ العلم بقبض العلماء، حتى إذا لم يبقَ عالماً؛ اتَّخذ الناس رؤوساًَ جُهَّالا، فسُئِلوا ؟ فأفتوا بغير العلم، فضلّوا وأضلوا.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengangkat ilmu dengan sekali cabutan dari manusia. Namun Allah akan mengangkat ilmu dengan mewafatkan para ulama. Hingga ketika tidak tersisa lagi seorang berilmu (di tengah mereka), manusia mengangkat para pemimpin yang jahil. Mereka ditanya, dan mereka pun berfatwa tanpa ilmu. Hingga akhirnya mereka sesat dan menyesatkan (orang lain)”.

Imam An-Nawawiy berkata:-

هذا الحديث يُبَيِّنُ أن المراد بقبض العلم في الأحاديث السابقة المطلقة ليس هو محوُه من صدور حفَّاظه، ولكن معناه : أن يموتَ حملتُه، ويتخذ الناس جُهَّالا يحكمون بجهالاتهم، فيضلُّون ويُضِلُّون.

“Hadis ini memberikan penjelasan akan maksud ‘diangkatnya ilmu’, sebagaimana tertera dalam hadis-hadis secara mutlak iaitu bukanlah menghapuskannya dari dada para penghafalnya. Namun maknanya adalah : wafatnya para pemilik ilmu tersebut. Manusia kemudian mengambil orang-orang bodoh yang menghukumi sesuatu dengan kebodohan mereka. Akhirnya mereka pun sesat dan menyesatkan orang lain”.

Sidang Jumaat yang dikasihi oleh Allah sekalian,

Hari ini dan semalam, negara kia dikejutkan dengan hilangnya sebuah permata ummah. Perginya tokoh besar tanah air dan umat Islam iaitu Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan suatu kehilangan yang sukar dicari ganti. Beliau pergi menghadap Yang Maha Pencipta dalam keadaan umat masih lagi dahaga akan ilmu dan butiran nasihatnya. Umat yang masih hanyut dengan kejahilan sangat memerlukan bimbingan para ulamak dan murabbi sepertinya. Sumbangannya yang besar dalam mewarisi amanah dan perjuangan Rasulullah saw merupakan suatu yang meninggalkan dampak dan bekas yang besar di hati dan dada ummah...Moga Allah memberikan kedudukan akhirat yang terpuji kepada Al-Marhum Tuan Guru dan memberikan kerehatan di atas penat lelahnya di dunia.

﴿ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ (2) كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ (3) ﴾

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا نَأْتِي الْأَرْضَ نَنْقُصُهَا مِنْ أَطْرَافِهَا ۚ وَاللَّهُ يَحْكُمُ لَا مُعَقِّبَ لِحُكْمِهِ ۚ وَهُوَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Mengapa mereka yang kafir itu masih berdegil dan tidak mahu memerhatikan bahawa kekuasaan kami sentiasa menakluk bumi (yang mereka diami) dengan menjadikan dia KURANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT DARI KEBAIKANNYA DAN KEMULIAANNYA? Dan (ingatlah) Allah menghukum menurut apa yang dikehendaki-Nya; tiada sesiapapun yang dapat menghalang hukum-Nya, dan Dia lah juga yang amat cepat hitungan hisab-Nya.
(Surah ar-Ra'd :41)

■ Al-Imam Ibnu Kathir rahimahullah menyatakan di dalam kitabnya تفسير القرآن العظيم:

◆ Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'Anhuma dan Mujahid rahimahullah berkata:

"Kurangnya kebaikan dan rosaknya dunia disebabkan kematian para ulamanya, para fuqaha'nya dan ahlul khair (golongan yang melakukan kebaikan)."

"Ya Allah, ampunkanlah dosa Tuan Guru kami Al-Fadhil Al-Ustaz Syaikhuna Nik 'Abdul 'Aziz bin Nik Mat, rahmatilah dia, selamatkanlah dia dan maafkanlah dia serta tempatkanlah dia di dalam keluasan Syurga-Mu."

أخوكم في الله،
أبو عمار مدني،
غفر الله له ولوالديه ولجميع المسلمين.

Kuala Lumpur,
Jumaat
23 Rabi'ul Akhir 1436H
13 Februari 2015.

Share on Myspace