SU Akhbar MB S'gor letak jawatan kerana kesihatan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Setiausaha akhbar kepada Besar Selangor, Radzi Razak, 29, mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta, semalam.

Memetik laporan Selangor Kini, beliau mengambil keputusan itu atas alasan kesihatan dan berharap tidak dijadikan spekulasi.

“Saya tidak lagi mewakili kerajaan Selangor (setiausaha akhbar) dan keputusan ini diambil setelah berbincang dengan pihak-pihak yang berkaitan," katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Menurutnya, buat masa ini beliau hanya berehat panjang dan fokus mencari penyelesaian masalah kesihatan.

Radzi adalah aktivis media bersama Gerakan Media Marah (GERAMM) berkhidmat sebagai setiausaha akhbar kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin selama hampir empat bulan sejak November tahun lalu.

Radzi memulakan kerjaya wartawannya di TVSelangor (2009-2011), AntaraPos (2011-3 bulan), The Sun (2012-2013) dan Malaysiakini (2014).

 

Share on Myspace