Tiada sebarang majlis tahlil untuk Almarhum Tuan Guru

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Keluarga Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memaklumkan bahawa tiada sebarang majlis tahlil untuk Almarhum.

Perkara itu diumumkan menerusi facebook rasmi murabbi ummah itu.

Justeru, mereka memohon agar tidak sebarkan jemputan majlis tahlil yang menjadi viral di WhatsApp.

Makluman pada facebook itu sebagaimana di bawah.

"Tiada sebarang majlis tahlil untuk Al-Marhum Ayahanda Tuan Guru.
Mohon tidak sebarkan jemputan majlis tahlil yang menjadi viral di whatsapp.
Pesanan daripada Keluarga Al-Marhum Tuan Guru." - HARAKAHDAILY 14/2/2015

Share on Myspace