Bunuh warga Palestin, 700 artis Inggeris boikot Zionis-Israel

HARAKAHDAILY | .

Sebanyak 700 artis Inggeris menyatakan sikap memboikot Zionis-Israel, sebagai bentuk protes atas ramainya orang awam Palestin yang terbunuh dalam serangan Zionis-Israel tahun lalu, lapor The Guardian.

Dalam aksi yang berjudul "Artist For Palestin", sejumlah artis seperti Roger Waters, Peter Kosminsky dan Jeremy McGovern menandatangi surat untuk memboikot Zionis sebagai bentuk protes.

"Dengan lebih dari 600 rakan artis lain, kami mengumumkan hari ini bahawa kita tidak akan terlibat dalam hubungan budaya seperti perniagaan dengan Zionis-Israel," kata kenyataan tersebut dipetik laman web Eramuslim.

Seniman Inggeris tersebut juga berkata tidak akan memenuhi jemputan apapun yang berkaitan dengan Zionis-Israel.

"Sejak perang musim panas di Gaza, rakyat Palestin terus mendapat serangan tanpa henti penjajah Israel di tanah mereka, yang merampas mata pencarian mereka, hak mereka untuk kewujudan politik," lanjut kenyataan tersebut.

Ratusan seniman Inggeris itu juga mengecam pelbagai serangan tentera penjajah Zionis yang mensasarkan institusi kebudayaan Palestin, serta menyerang seniman-seniman Palestin.

"Sekarang kita katakan di Tel Aviv, Netanya, Ashkelon atau Ariel, kami tidak akan bermain muzik, menerima penghargaan, menghadiri pameran, festival atau persidangan, menjalankan bengkel, sampai penjajah Israel menghormati undang-undang antarabangsa dan mengakhiri penindasan kolonial terhadap Palestin," jelasnya.

Share on Myspace