Pemain, penonton tafakur di stadium

ZAMANI MD ZAIN | .

 

KOTA BHARU: Setelah menangguh perlawanan mengikut jadual asal hari Sabtu lalu berikutan kematian, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, malam tadi lebih 25,000 bertafakur di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Penghormatan diberi kepada bekas Menteri Besar Kelantan dan pengulas sukan Datuk Hasbullah Awang yang meninggal dunia pada Khamis lepas.

Penonton yang hadir bersama pemain membaca surah al-Fatihah. Selain itu tiada paluan gendang oleh kelab-kelab penyokong bola sepak Kelantan dan Ultras Kelantan The Red Mania.

Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.

Malam tadi menyaksikan Kelantan bertemu Lions XII yang berakhir The Red Warriors menang 2-0.

Kelantan mengekalkan rekod tanpa kalah Liga Super dan berada di kedudukan teratas liga. – HARAKAHDAILY 16/2/2015

Share on Myspace