PAS belum putuskan pengganti Mursyidul Am

BASIRON WAHAB | .

BERA: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan melantik Mursyidul Am bagi menggantikan Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kembali ke rahmatullah pada 12 Februari lalu.
 
Berucap pada majlis ceramah sempena lawatan anggota Dewan Harian PAS Pahang di Darul Ikhwan, Mustafa berkata perlantikan Mursyidul Am baharu itu akan diumum nanti namun buat masa ini ia belum diputuskan lagi.
 
Turut berucap bersama beliau ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Muslimat Siti Zailah Muhd Yusof.
 
Dalam  ucapan sama, Mustafa menceritakan sejarah pentadbiran penjajah British yang menyerahkan kemerdekaan negara ke tangan Umno kerana Umno adalah anak didiknya (Brtitish).
 
Pemimpin Umno adalah bekas kakitangan atau pegawainya dan British tidak akan melepas negara ini ketangan golongan Islam.
 
Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957, apabila British menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Umno, MCA dan MIC.
 
PAS, katanya menyertai pilihan raya sejak awal lagi dan menang satu kerusi di Krian, Perak dalam pilihan raya pertama.
 
“PAS menyertai pilihan raya dari pilihan raya pertama hinggalah ke pilihan raya ke-13 yang lalu,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/2/2015

Share on Myspace