PRK Chempaka: Mengundi 22 Mac, penamaan calon 10 Mac

HARAKAHDAILY | .

PUTRAJAYA: Pilihan raya Kecil (PRK) Dun Chempaka, Kelantan akan diadakan pada 22 Mac inI sementara penamaan calon pada 10 Mac.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di sini hari ini.

PRK itu diadakan berikutan kematian Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari akibat kanser prostat.

Pada Pilihan raya Umum ke-13 lalu, Tuan Guru yang mendapat 12,310 undi menewaskan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.

Share on Myspace