2 nasihat Tuan Guru sangat terkesan buat Tuan Ibrahim

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan dua nasihat Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik sangat berkesan dalam kehidupannya.

Menurutnya, apabila Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor sewaktu menjadi Presiden PAS meminta beliau bertanding pada PRU10, beliau terus ke Pulau Melaka bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk meminta bekalan nasihat.

Katanya, Almarhum Tuan Guru menasihatkannya dua perkara:

1. Masuk politik jangan niat nak jadi kaya, kalau nak kaya kena berniaga. Politik ni perjuangan kita bagi memenangkan Islam.

2. Pergi ke mana-mana biar ada duit dalam poket, mana tahu kalau kita bertemu dengan orang tengah susah, kita boleh bantu dia. Bantu waktu tengah susah, tak sama dengan kita bantu waktu dia dah senang.

"Itulah nasihat yang sangat terkesan dalam kehidupan Ana. Semoga nasihat ini akan terus dihayati dan diamalkan," tulis beliau lagi. - HARAKAHDAILY 18/2/2015

Share on Myspace