Status kerusi Permatang Pauh selepas 24 Feb - SPR

| .

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan status kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas 14 hari Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman ke atas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tempoh tersebut bagi menanti keputusan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong dan semakan kehakiman yang akan dilakukan ketua pembangkang itu.

"Kalau tiada rayuan, SPR akan mengadakan mesyuarat khas selepas itu (24 Februari)," katanya seperti dipetik The Malaysian Insider pada satu sidang media di Putrajaya pagi tadi.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun pada 10 Februari lalu, selepas disabitkan bersalah dalam pertuduhan liwat melibatkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008. – HARAKAHDAILY 18/2/2015

Share on Myspace