Polis tahan 2 penuntut IPT berkaitan poster provokasi

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua pelajar institut pengajian tinggi susulan tindakan memuat naik risalah berbentuk poster berunsur provokasi dalam media sosial yang dikaitkan dengan bantahan terhadap sistem mahkamah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dua individu itu, seorang dari Universiti Selangor (Unisel) dan seorang dari Universiti Sains Malaysia (USM), ditahan semalam.

"@PDRMsia semalam telah menahan dua penuntut, (dari) Unisel dan USM kerana muat naik itu. Mereka akan direman," kata Khalid dalam akaun Twitternya. - Bernama

 

Share on Myspace