Siapa urus page FB Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekarang?

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Sejak dahulu hingga sekarang facebook Tuan Guru Nik Abdul Aziz diurus tadbir oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan yang berpangkalan di Jalan Dato Pati, Kota Bharu.

Menurut admin facebook itu, ini ekoran ramai yang bertanya siapa yang menguruskan page FB Tuan Guru sekarang.

Mengenai pertanyaan, bolehkah page itu ditukar nama, jawapannya ialah mengikut peraturan facebook page yang lebih daripada 200 likers tidak boleh menukar nama.

"Para pemilik/admin page yang lain pasti memahaminya.

"Diharapkan dengan penjelasan ini dapat menjawab persoalan yang ada di hati kalian," tulisan daripada FB Tuan Guru dipetik. - HARAKAHDAILY 19/2/2015

Share on Myspace