Syarat baru beri peluang lebih ramai miliki Rumah Selangorku

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Selangor akan melonggarkan syarat pemilikan rumah mampu milik dengan membenarkan golongan bujang berumur 25 tahun ke atas membeli Rumah Selangorku.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Kerajaan negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, syarat baru berkenaan bertujuan memberi peluang lebih ramai rakyat negeri itu memiliki Rumah Selangorku.

Menurutnya, peraturan sekarang hanya membenarkan mereka yang belum berkahwin membeli rumah itu jika mereka berumur 40 tahun ke atas.

Beliau berkata, Rumah Selangorku adalah rumah yang wajib dibina pemaju berharga antara RM42,000 hingga RM250,000 sebuah.

Justeru itu, beliau menyeru golongan itu mengambil peluang memiliki rumah sendiri yang ditawarkan kerajaan negeri. - HARAKAHDAILY 19/2/2015

Share on Myspace