1 minggu 1 wakil rakyat PAS Selangor ke Sarawak

| .

 


KUALA LUMPUR: 
PAS Selangor akan menghantar seorang wakil rakyat ke Sarawak setiap minggu bagi membantu PAS Sarawak menghadapi pilihan raya negeri yang dijangka tahun ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri Selangor pada 17 Februari lalu bersetuju kesemua Ahli Dewan Negeri dan Ahli Parlimen PAS Selangor dikerah untuk membantu PAS Sarawak.

"Satu jadual akan disiapkan secepat mungkin dan program ini akan diselaraskan oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Selangor, YB Ir. Haslin Hassan," kata beliau dalam satu kenyataan.

Terdapat 19 wakil rakyat PAS di Selangor dan mereka akan mulai turun ke Sarawak selewat-lewatnya pada awal bulan April ini.

Selain itu, kawasan-kawasan PAS juga akan diarah turun ke Sarawak secara berjadual. - HARAKAHDAILY 21/2/2015 

Share on Myspace