Penstrukturan air Selangor selesai Mac - Exco

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, penstrukturan air di negeri itu akan selesai Mac ini, lapor Selangor Kini.

“Pada masa sekarang penstrukturan air berada di peringkat akhir dan akan diselesaikan Mac nanti. Tarikhnya dah ada,” kata Zaidy ketika dihubungi Selangor Kini, hari ini.

Beliau menjelaskan, penstrukturan baru itu bakal memberi impak positif kepada pengurusan pembekalan air di negeri itu.

Sebelum ini, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor semasa pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memulakan usaha mengambil alih pengurusan air di negeri itu daripada empat syarikat konsesi air negeri itu.

Usaha itu walaupun pada peringkat awalnya dipersetujui syarikat konsesi terlibat tetapi akhirnya menemui jalan penyelesaiannya tahun lalu.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali selepas mengambil alih tampuk pentadbiran negeri selepas Abdul Khalid kemudiannya menerus usaha itu bagi kepentingan rakyat negeri itu.

 

Share on Myspace