Anak perempuan Erdogan jadi sasaran pembunuhan

HARAKAHDAILY | .

PRESIDEN Erdogan merupakan seorang pemimpin Turki yang sangat dikenali dunia. Pernyataan, sikap dan budi bicara pun luar biasa dan berani. Sebab itu, Erdogan mempunyai banyak sahabat dan penyanjung, namun tidak sedikit pula yang membencinya.

Memetik laporan web Eramuslim, khabar terakhir yang cukup mengejutkan adalah kes percubaan membunuh yang disasarkan terhadap anak perempuan Erdogan, Sumeyye Erdogan.

Pejabat Ketua Pendakwa Raya Ankara telah melancarkan penyelidikan atas dakwaan percubaan membunuh anak perempuan Presiden Turki, Sumeyye Erdogan. Demikian lapor worldbulletin, Jumaat.

Pelbagai media Turki, termasuk Star dan surat khabar Aksam, melaporkan pada Jumaat bahawa usaha pembunuhan yang mensasarkan Sumeyye Erdogan diyakini telah dipersiapkan, mengutip sumber-sumber perisikan.

Menurut harian Star, pembunuhan yang dikatakan telah dirancang dilakukan sebelum pilihan raya Parlimen pada 7 Jun 2015. Masih mengutip sumber-sumber perisikan yang tidak disebutkan namanya, menyatakan "negara selari" mempunyai tangan dalam dugaan perancangan pembunuhan itu.

"Negara selari" adalah kumpulan yang didakwa sebagai sebahagian daripada birokrat Turki dan pegawai-pegawai kanan dalam institusi-institusi negara, termasuk institusi kehakiman dan polis, yang dilaporkan berusaha untuk melemahkan kerajaan Turki saat ini.

Kerajaan menuduh bahawa rangkaian haram, yang dituntut adalah bersekongkol untuk menggulingkan kerajaan Turki terpilih, dijalankan oleh tokoh Turki yang berpangkalan di AS, Fethullah Gulen.

Turki mahu Gulen diekstradisi dari Amerika Syarikat, di mana dia telah tinggal di sana sejak tahun 1999. Sebuah mahkamah jenayah Istanbul mengeluarkan waran tangkap untuk Fethullah Gulen pada Disember 2014. 

Share on Myspace