Bantah Shafee: AMK bertembung pemuda Umno

MOHD SABRI SAID | .

PERMATANG PAUH: Kumpulan Pemuda Umno bertembung dengan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) di hadapan Politeknik Seberang Perai malam tadi ekoran tindakan membantah kehadiran peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang datang untuk mendedahkan dengan lebih terperinci kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedengaran kata-kata tidak sopan daripada golongan itu setiap kali menghala corong pembesar suara ke arah AMK dan penyokong yang kelihatan semakin ramai.

Walaupun hujah tanpa fakta oleh kumpulan itu dijawab dengan penuh berhemah oleh Ketua AMK Kepala Batas, Hafiz Azman namum mereka tetap menyoal soalan yang sama berulang kali.

Dengan kematangan politik pihak AMK dan gabungan beberapa NGO, mereka terus bersuara mengatakan yang hak mempertikaikan kehadiran peguam berkenaan yang sengaja mahu mengaibkan Anwar.

Antara yang berucap bagi pihak AMK ialah Ketua Cabang Keadilan Permatang Pauh, Amir Ghazali, Ketua AMK negeri, Asrol Sani Abdul Razak, Ketua AMK Bukit Mertajam, Ikwan Nasir, Timbalan AMK negeri, Khairil Anuar Shasudin, NGO Hapus, Zolkiply Mohd Lazim, wakil Mahasiswa Unisel, Husairi, Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin, wakil anak muda, Mohd Adib Azali Rosni yang sempat mengalunkan puisi bertajuk 'Suara Anak Muda' dan banyak lagi.

Demonstrasi yang bermula selepas Maghrib itu tamat jam 11.30 malam apabila pasukan polis bertindak memberhentikan pertembungan tersebut. - HARAKAHDAIY 22/2/2015

Share on Myspace