Nik Nazmi ditahan polis, dibawa ke lokap Jinjang

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ketua AMK Malaysia, Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan polis di rumahnya di Denai Alam pada malam ini, lapor Selangor Kini.

Polis juga merampas komputer riba dan telefon bimbit milik Nik Nazmi yang juga merupakan Adun Seri Setia dan Exco Pendidikan Kerajaan Selangor itu.

Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin di twitter menyatakan Nik Nazmi dibawa ke Balai Polis IPD Dang Wangi manakala isteri dan anaknya mengikut dalam kereta lain.

Laporan terbaru memaklumkan Nik Nazmi dibawa ke Balai Polis Lokap Berpusat Jinjang.

Semalam, Ahli MPP PKR Fariz Musa dan aktivis, Adam Adli ditahan sewaktu menghadiri perhimpunan ‘Kita Lawan’ di hadapan pusat membeli belah Sogo di ibu negara.

Share on Myspace