Rejim Israel buka empangan, warga Gaza terpaksa pindah

HARAKAHDAILY | .

RATUSAN warga Palestin terpaksa meninggalkan rumah mereka di Jalur Gaza akibat rejim Israel membuka pintu beberapa empangan di sekitar kawasan itu, lapor Press TV.

"Tentera Israel membuka pintu air dari saluran mengarah ke pusat Gaza sehingga menyebabkan penghapusan timbunan pasir di sepanjang sempadan dengan Israel," Direktorat Pertahanan Awam (CDD) Gaza berkata dalam satu kenyataan pada hari Ahad, semalam.

"Membuka tambak saluran telah menyebabkan banjir beberapa rumah warga Palestin, dan kami perlu cepat memindahkan orang yang menderita," kata kenyataan dari CDD dipetik laman Islampos.

CDD juga mengecam Tel Aviv yang membuka empangan tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada warga Gaza, sambil berkata rejim Israel sengaja menyalurkan sejumlah besar air ke arah jalur Gaza.

Sumber-sumber perubatan Palestin mengatakan tidak ada korban jiwa setakat ini sebagai akibat dari insiden tersebut.

Sementara itu, laporan mengatakan pasukan penyelamat dari Kementerian Pekerjaan Umum Gaza berjaya memindahkan lebih daripada 80 keluarga Gaza selepas ketinggian air mencapai tiga meter.

Share on Myspace